»
S
I
D
E
B
A
R
«
PPSMI dimansuhkan?? WTF ??!!
July 9th, 2009 by M!

student
Sekali lagi bangsaku tewas… ;-( Sedey M! bangsa sendiri tolak benda yg nak memajukan bangsa… PPSMI baru beberapa tahun dilaksanakan korang dah kecoh2 tak bagos utk budak2, perjadah plak tak bagos?? Konon kata nak menyatukan bangsa, pekejadahnya menyatukan kalu sekolah Tamil dan Cina akan guna bahasa ibunda untuk Sains dan Matematik kat sekolah memasing. Bahasa ibunda ikut bahasa kaum tu k, bukan bahasa Malaysia k. Kasitau M! tang mana yg buleh menyatu padukan bangsa2 dgn cara tu??

Yang paling seronok tepuk tangan lompat2 bila kerajaan umum benda ni siapa?? Mesti guru besar2/pengetua2 S.J.K T atau S.J.K.C, pasal time exam nanti siaper tanda paper Sains dan Matematik skolah diorang?? Mestila cikgu Cina atau India, mana ader (kalu ader skit jer) cikgu Melayu ajar Sains/ Matematik dlm bahasa Tamil atau Cina. Kalu buleh (cikgu Melayu ajar dlm bahasa Cina/ Tamil) mesti cikgu tu buleh ajar dlm Bahasa Inggeris kan? M! nak tanya tang mana Bahasa Melayu ni dipinggirkan kalu kita belajar Sains/Matematik dlm B.I?? Dari 8 subjek lain 3 jer guna B.I , yg lelain sumer guna B.M. Lantak la korang nak pressure bebudak belajar, tambah la masa bebudak duk kat sekolah hahaks M! dah abih skolah. Biar la bebudak duk lelama kat sekolah belajar B.I, (pasal nak tambah time belajar B.I kan?) patut buleh sambil menyelam minum air, rakyat (pemimpin bangang) Malaysia ni memang suka menyusahkan diri, bukan nak mempermudahkan kerja huhu bengong… :evil:

Update// July 09 10.17pm Tun M ada wat pole kat blog dia, moh kita gi ngundi kat sini


5 Responses  
  • gelengkepala writes:
    August 22nd, 2009 at 2:21 pm

    hmm, daripada pembacaan saya boleh disimpulkan yang M ini ialah seorang yang menyokong dasar PPSMI 8) .Okay untuk menyelesai masalah ini, kita lihat kembali kepada tujuan dasar PPSMI ini digunakan/diperkenalkan. Tujuannya mudah, untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris bagi pelajar-pelajar di sekolah supaya mereka lebih berdaya saing di peringkat global. Saya juga telah mengikuti beberapa siri perdebatan mengenai isu ini, dan secara umumnya saya tidak kisah sangat dengan mana-mana dasar yang dijalankan oleh kerajaan kerana kedua-duanya ada impak yang positif dan negatif.

    Cuma sya tertarik dengan pendapat seorang penonton (dalam rancangan tV) yang berbunyi berikut(lebih kurang laaa). ” sekarang saya sedang belajar bahasa Thailand kerana saya banya berurusan di Thailand adakah saya perlu belajar matematik dan Sains dalam bahasa Thailand?” Hmm pendapat ini membuatkan saya menjawab tidak. Untuk belajar bahasa Thailan dengan baik sudah tentulah perlu belajar bahasa itu sendiri.

    Begitu juga dengan keadaan negara kita, hendak pelajar menguasai B.I dgn baik maka kena laa belajat bahasa itu dengan baik, bukan dengan belajar matematik dan sains dalam bahasa itu semata-mata.

    Entahlaa, lain padang lain belalang, lain org lain laa pandangannya… huhu

    p/s: jom link exchange…
    gelengkepala´s last blog ..Selamat Berpuasa My ComLuv Profile

    • M! writes:
      August 22nd, 2009 at 3:32 pm

      Dier nak belajar bahasa Thai ka bahasa Jawa ka terpulang, tetapi kita kena terima hakikat dunia sekarang ni dunia teknologi. Bahasa apa yg meluas dalam dunia teknologi skarang ni? Kalu Belajar sains dan Maths dalam bahasa Thailand jawapanya duk kat Thailand jer la.

      Ini bukan soal sokong dasar itu atau tidak. Kalau dah takleh nak belajar sains dan maths dlm BI, habis nanti kalu dibuat BI tu subjek wajib tak ramai ker orng Melayu yg tertelangkup? Pandai sains dan maths pun tarak guna nanti, pasal kalu nak masuk universiti wajib ada sijil spm. Klau tak pass BI camner nak masuk U?

      Buku2 rujukan, banyak dlm BI, memang ada penulis Malaysia, tapi berapa kerat jer.

      Pak menteri ckap jer senang , “Kita tambah masa budak2 duk kat skolah, bagi belajar BI.” Abih tu bebudak ni takder preasure ka? Sehari suntuk duk kat skolah, balik ngan homework lagi, tuisyen, ko-korikulum, masa nak hari sukan sekolah , praktis sukan sampai pukul 4 ptng.

      Yg musykil tu kenapa orng Melayu ni suka sgt tolak mender2 yg nak memajukan diorang. Konon semangat Melayu tebal dalam dada, bila orng Melayu yg mundur nak megah semangat apa lagi?

      Kalu betul nak memartabatkan Bahasa Melayu, hapuskan sekolah jenis kebangsaan, (C) dan (T). Satukan sumer pelajar2 bawah satu seklah kebangsaan. Guna Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, bukan macam sekarang ni chacha marba.

      Stesen TV pun, tunjuk rancangan Bahasa Melayu jer la. Jgn ada berita mandarin dan tamil, barulah akan memartabatkan bahasa Melayu. Percayalah takkan dapat memartabatkan Bahasa MElayu walaupun Sains dan Matahs diajar dlm bahasa Melayu, kerana majunya bahasa kerana penutur. Kalu penutur tak maju bahasa takkan maju, dua sen saya….

  • gelengkepala writes:
    September 8th, 2009 at 6:30 pm

    hmm, memang mereka menggunakan alasan untuk mempertabatkan bahasa melayu antara alasan supaya PPSMI dimansuhkan. Saya memang bersetuju dgn pandangan M di mana sekarang nie dunia teknologi jadi kita kena la belajar bahasa tersebut. Jika direnung kembali untuk lulus SPM B.I ialah antara syaratnya hmm bagi saya ianya juga berat untuk dipenuhi oleh pelajar kerana kalau dibandingkan pelajar luar bandar, berapa kerat sangat yang menguasai B.I dengan baik.

    Tetapi, hendak atau tidak bahasa inggeris perlulah dipelajari dan kita kena kembali tengok kepada sejarah di mana sekolah-sekolah terdahulu menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar, orang tua2 sekarang yang terdahulunya bersekolah inggeris dapat bercakap/berbahasa inggeris lebih baik. Tetapi kita tidak mahu balik kepada zaman penjajah. Jadi apa yang perlu, kementerian perlulah mencari satu cara yang berkesan untuk pelajar mempelajari B.I dengan lebih efektif.

    Pembelajaran Sains dan Matematik memanglah satu cara untuk belajar bahasa inggeris tetapi bagi saya ianya tidak releven dan ianya telah dibuktikan oleh kajian yang telah dijalankan, keberkesanannya adalah tidak terbukti dan bukannya semakin maj tetapi semakin merosot.

    p.s: update la post ko nie M… isu bangsa dan agama sangatlah penting.

    • M! writes:
      September 17th, 2009 at 11:05 pm

      Aduh, mintak maaf la, sibuk sikit kebelakangan ni hehehe. Memang betul kita takmau balik kepada zaman penjajah. Tapi M! tetap rasa beajar Sains dan Maths dalam BI lebih untung, murid2 boleh menyelam sambil minum air. Tak perlu tambah masa pelajar di sekolah. Kengkawan adik M! ramai yg mengeluh dan tolak untuk mengambil subjek English For Science and Technology (EST) , alasan mereka susah.

      Jadi bila mereka masuk universiti nanti macam mana nak tahu istilih2 penting subjek2 sains? Dalam tingkatan 4 di sekolah adik M!, hanya 4 orang yg ambil subjek tu, termasuk adik M!. Kalau EST yg begitu mudah pun mereka takmau belajar apakan lagi nak mewajibkan BI untuk lulus SPM?

      Langkah memansuhkan PPSMI memang tak tepat. Masa Hishamudin kata mutu pelajar meningkat, tup tup bila tuka Muhyidin kata merosot pula! Siapa yg menipu kita ni?? Yang jadi keliru, pelajar kita la. Hampeh betul!

    • M! writes:
      September 17th, 2009 at 11:06 pm

      Oops lupa plak nak nak tukar link kan? Buleh , tarak hal punyer hehe. Nanti M! letak link yer..


Leave a Reply

CommentLuv Enabled
»  Substance: WordPress   »  Style: Ahren Ahimsa